• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Latheefa Tak Dapat Sahkan Audio Hasil Pintasan Risikan

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, tujuan beliau mendedahkan rakaman audio kepada media dan orang ramai memandangkan kandungan audio itu mengandungi perkara yang sangat serius terhadap kepentingan awam.

Latheefa berkata, rakaman audio itu mendedahkan perbualan yang mewakili ahli lembaga kerajaan seperti SPRM, Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Perdana Menteri yang didakwa terlibat bersekongkol untuk menutup siasatan tertentu terhadap orang yang dipercayai memegang salah satu jawatan tertinggi di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika disoal peguam utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Latheefa memberitahu mahkamah, pada 3 Januari lalu timbalannya Datuk Seri Azam Baki telah memaklumkan bahawa beliau telah menerima bungkusan daripada pegawai khasnya yang dikenali sebagai Zamri.

Bungkusan berkenaan mengandungi sembilan pemacu pena (pendrive) yang kemudiannya didedahkan mengandungi rakaman audio suara yang didakwa milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu yang lain.

Latheefa berkata, rakaman audio itu kemudiannya dikongsi dengan orang ramai dan media kira-kira seminggu kemudian iaitu pada 8 Januari lalu.

Muhammad Shafee kemudian mengasak Latheefa untuk menentukan jika rakaman audio yang bocor itu merupakan hasil pintasan daripada kegiatan pengintipan risikan.

Shafee: Adakah rakaman audio yang bocor itu merupakan hasil pintasan daripada kegiatan pengintipan risikan?

Latheefa: Tidak. Saya tidak akan mengatakan sama ada kami tahu ini adalah (hasil) pintasan atau tidak, ia boleh jadi apa-apa, ia adalah rakaman.

Terdahulu, Shafee mencadangkan kandungan dalam rakaman audio tidak boleh digunakan atau didedahkan sebagai bukti dan hanya boleh digunakan untuk tujuan perisikan.

Latheefa menegaskan dalam keadaan tertentu yang melibatkan kepentingan orang ramai, suruhanjaya antirasuah itu boleh sahaja membuat rakaman berkaitan perkara awam.

Saksi pembelaan ke-13 itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Muhammad Shafee.

Menurutnya, ini bukan kali pertama apabila ia melibatkan kepentingan awam yang pihaknya kongsi dengan orang ramai.

Beliau berkata, jika pasukan penyiasat (SPRM) menemukan berjuta-juta wang tunai, gambar akan dikongsi dengan orang awam sebelum wang itu dihantar bagi ditandakan untuk siasatan. Hal ini adalah dalam konteks yang sama.

Beliau kemudian memberitahu mahkamah lagi, berhubung satu siasatan terhadap rasuah jabatan bekalan air di Sabah di mana berjuta-juta ringgit ditemui oleh pihak berkuasa.

Katanya, dalam kes itu, pengarah (Jabatan Bekalan Air Sabah) adalah antara yang dikenal pasti terbabit.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ditangguhkan dan disambung Isnin ini.

Latheefa akan menyambung pernyataan saksinya berhubung pendedahan rakaman audio itu.

Tags: Latheefa KoyaNajib Tun Razakrakaman audioSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penundaan Takwim Parlimen Ambil Kira Pembentukan Kabinet

Next Post

Tindakan Amirudin Perlekeh Sultan, Undang-Undang Tubuh Negeri

Related Posts

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

07/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Tiga pegawai kepada seorang menteri kanan dipercayai telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini,...

Next Post

Tindakan Amirudin Perlekeh Sultan, Undang-Undang Tubuh Negeri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd