Saturday, May 4, 2024

Creating liberating content

Pertandingan Kelayakan Liga Perlis...

KANGAR - Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mempelawa kelab dan pasukan bola sepak...

China Tamatkan Dasar Satu...

BEIJING - China akan menamatkan dasar seorang anak yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.Malah...

Respon ‘Negatif’ Azmi Bikin...

HASRAT penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mengadakan majlis aqiqah untuk anak perempuannya, Putri...

Anggota Kabinet Label Pemandu...

KUALA LUMPUR - Pemandu teksi yang terpedaya dengan janji manis Pakatan Harapan (PH)...

Latheefa Tak Dapat Beri Keterangan, Ada Kesilapan Dalam Sapina

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Latheefa Koya tidak dapat memberi keterangan di Mahkamah Tinggi hari ini ekoran ada kesilapan dalam sapina terhadapnya dan hanya dapat berbuat demikian pada Khamis ini.

Terdahulu, peguambela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjelaskan kepada mahkamah bahawa terdapat kesilapan dalam sapina terhadap Latheefa dan berkata dia hanya boleh memberi keterangan pada hari yang lain.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian membenarkan Latheefa untuk memberi keterangan pada Khamis ini.

Latheefa antara saksi yang sedia dipanggil pihak pembelaan bagi perbicaraan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyalahgunaan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Semalam di akhir perbicaraan, Ketua Pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee ada memberitahu mahkamah bahawa Latheefa dan bekas Penasihat Undang-undang MIC, Datuk Selva Mookiah adalah dua saksi yang akan dipanggil.


Pihak pembelaan mahu memanggil Latheefa untuk memberi keterangan berkenaan pendedahan SPRM pada 8 Januari lalu berhubung rakaman audio perbuatan yang didakwa melibatkan tertuduh dengan beberapa individu berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd. membabitkan tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dana SRC. – Sinar Harian

Kategori