• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lantik Azam Baki Terajui SPRM Bukti Kerajaan Telus

oleh
09/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pelantikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, bukti komitmen kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat dan memelihara integriti badan penguat kuasa di Malaysia.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemilihan tokoh yang bebas daripada kecenderungan politik kepartian sangat penting bagi menjamin ketelusan dan keadilan.

“PAS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri (Azam Baki) yang telah diamanahkan sebagai Ketua SPRM yang baharu.

“Pelantikan beliau yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini adalah bukti komitmen kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat dan memelihara integriti badan penguatkuasa di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, PAS melihat pelantikan Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu adalah untuk meningkatkan semula keyakinan rakyat terhadap reformasi sebenar institusi politik negara.

“Semoga tidak timbul lagi alasan daripada pihak-pihak tertentu mengenai pendakwaan terpilih atau bermotif politik dalam kes-kes yang berprofil tinggi.

“PAS berharap agar tindakan dilakukan sepanjang seminggu pentadbiran kerajaan baharu memberi impak positif kepada perjalanan urus tadbir negara dan keharmonian rakyat sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Elakkan terlalu banyak permainan politik dan fokus kepada pembangunan Malaysia yang sejahtera,” katanya.

Hari ini, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Azam mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang turut memperkenankan permohonan Latheefa Beebi Koya untuk meletakkan jawatan.

Kerajaan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Latheefa atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun tahun lalu.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang turut memohon memendekkan tempoh kontrak perkhidmatannya. – Sinar Harian

Tags: Azam BakiKetua Pesuruhjaya SPRMPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Johor Siasat 6 Kes Berita Palsu Covid-19

Next Post

Sulaiman Ketua Menteri Melaka Baharu

Related Posts

Keluarga Beng Hock Tolak Permohonan Maaf Azam Baki, Anggap Ia Sandiwara Publisiti

Keluarga Beng Hock Tolak Permohonan Maaf Azam Baki, Anggap Ia Sandiwara Publisiti

16/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock menyifatkan permohonan maaf oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri...

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

Next Post

Sulaiman Ketua Menteri Melaka Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd