• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Jalan Raja Laut Ditutup Bagi Proses Disinfeksi

oleh
11/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut mengambil langkah proaktif menutup pejabat di cawangan itu mulai hari ini sehingga 13 Mac bagi proses disinfeksi ruang pejabat dan kawasan persekitaran.

Menurut kenyataan KWSP hari ini, pejabat itu akan beroperasi semula pada Isnin depan (16 Mac).

Penutupan pejabat itu adalah susulan seorang ahli KWSP disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Ahli itu berurusan di pejabat KWSP Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut pada 27 Februari 2020 (2 hingga 2.30 petang) dan disahkan positif pada 3 Mac 2020. Namun, tiada sebarang pengesahan sama ada ahli itu telah dijangkiti COVID-19 sebelum beliau berurusan di pejabat KWSP.

“Kami telah mengenal pasti pegawai KWSP yang berkemungkinan terdedah kepada ahli itu dan telah menghantar mereka untuk menjalani pemeriksaan. Pegawai-pegawai lain dari pejabat itu juga dikuarantin. KWSP sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk sebarang tindakan lanjutan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, kaunter KWSP di lokasi lain akan beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, ahli digalakkan membuat transaksi secara dalam talian melalui aplikasi i-Akaun kecuali bagi urusan yang memerlukan kehadiran ke kaunter KWSP. 

KWSP juga telah menjalankan langkah-langkah awal pencegahan sejak Februari 2020 untuk meminimumkan risiko pendedahan kepada jangkitan COVID-19.

“Semua kaunter dan permukaan yang terdedah di premis KWSP dibersihkan secara berterusan sepanjang hari. Pegawai kaunter juga dikehendaki membersihkan tangan mereka setiap 30 minit.

“Pelawat-pelawat juga perlu menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis KWSP,” menurut kenyataan itu.

Tags: Covid-19KWSP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Digesa Pertimbang Laksana Semula GST Lebih Rendah

Next Post

Satu Majlis PN Perlu Segera Diwujudkan – Penganalisis

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi, 6.3% Bagi Simpanan Konvensional Dan Shariah

01/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%)...

Next Post

Satu Majlis PN Perlu Segera Diwujudkan - Penganalisis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd