• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Menteri Namakan 10 Exco Melaka

oleh
13/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali hari ini mengumumkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Melaka dibarisi 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong gabungan Perikatan Nasional dalam pembentukan kerajaan negeri.

Sulaiman berkata, daripada 17 ADUN yang menyatakan sokongan kepada gabungan itu, ADUN yang dilantik sebagai exco itu terdiri daripada enam ADUN Barisan Nasional, dua ADUN Bersatu, satu ADUN PKR dan seorang lagi ADUN bebas.

Beliau berkata senarai anggota exco kerajaan negeri Melaka itu telah dibentang dan dipersetujui Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob pada pertemuan pagi ini.

“Pelantikan dan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka akan diadakan di hadapan Tuan Yang Terutama (Mohd Khalil) pada 2.30 petang ini,” katanya pada sidang media di Seri Negeri di sini, hari ini.

Isnin lepas, Sulaiman, yang juga ADUN Lendu daripada BN, mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 di hadapan Mohd Khalil.

Sulaiman berkata, beliau akan menerajui sendiri portfolio Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Pantai dan Sungai, Pengurusan Air, Hal Ehwal Agama, Perindustrian, Pelaburan, Teknologi, Komunikasi, Multimedia dan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dalam barisan exco itu.

Katanya, Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia-PKR) dilantik Pengerusi Jawatankuasa  Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan; manakala Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu-Bebas) dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Kedua-duanya dilihat kekal memegang portfolio sama seperti dalam kerajaan negeri Melaka ditadbir Pakatan Harapan sebelum ini. Dilaporkan Selasa lepas (10 Mac) Lembaga Disiplin DAP telah memecat Norhizam daripada parti itu.

Sulaiman berkata, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput-Bersatu) dilantik Pengerusi Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan, Pembangunan Belia dan Sukan; manakala Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas-Bersatu) dilantik Pengerusi Jawatankuasa Negeri di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional, Sains dan Inovasi).

Katanya, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang-BN) dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah Luar Bandar dan Pengurusan Banjir.

Beliau berkata jawatan untuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna tidak akan dilantik dan dikosongkan buat masa ini.

Berikut senarai penuh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka:

  1. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Pantai dan Sungai, Pengurusan Air, Hal Ehwal Agama, Perindustrian, Pelaburan, Teknologi, Komunikasi, Multimedia dan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) Datuk Sulaiman Md Ali (Ketua Menteri/Lendu-BN)
  2. Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar Datuk Seri Abdul Ghafar Atan (Asahan-BN)
  3. Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang-BN)
  4. Pengerusi Jawatankuasa Negeri NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput-Bersatu)
  5. Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Datuk Muhamad Jailani Khamis (Rembia-PKR)
  6. Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Datuk Latifah Omar (Taboh Naning-BN)
  7. Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur Datuk Roslan Ahmad (Merlimau-BN)
  8. Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu-Bebas)
  9. Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kesihatan dan Antidadah Rahmad Mariman (Ayer Molek-BN)
  10. Pengerusi Jawatankuasa Negeri di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional, Sains dan Inovasi) Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas-Bersatu)
  11. Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Perpaduan, Perhubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna (Masih kosong)
Tags: Exco MelakaIdris Haronperikatan nasional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Rombakan baharu kepimpinan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menyaksikan beberapa tokoh besar parti Bersatu ‘turun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd