Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

“Saya Tak Pernah Halang...

AKTRES Datin Diana Danielle menafikan dakwaan yang mengatakan suaminya Datuk Farid Kamil Zahari hilang...

Isu Azan: Jawapan Alvin...

SELASA lalu, blogger seks sensasi Alvin Tan sekali lagi mencetuskan amarah masyarakat Malaysia terutama...

Lebih 118,000 Unit Rumah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 265 Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) melibatkan 118,441...

Mohamed Azmin Kutuk Pembunuhan...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini...

Kes COVID-19 Kalangan Warga ATM Tak Benar – Panglima ATM

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan terdapat kes COVID-19 di Pangkalan Udara Subang dan Kementerian Pertahanan (Mindef), di sini.

Perkara berkenaan disahkan oleh Panglima ATM, Jen. Tan Sri Affendi Buang ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Perkara itu tidak benar. Sebenarnya Panglima Operasi TUDM ada mengadakan lawatan di sebuah hospital swasta di Subang yang terdapat kes pesakit COVID-19 ditempatkan di situ.

“Beliau, bagaimanapun telah diperiksa dan dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga dan dia disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19. Perkara ini telah disalah tafsir,” katanya.

Dalam pada itu, Affendi turut menafikan terdapat kewujudan mesin pengimbas suhu badan di bangunan Mindef.


“Saya sendiri ada di Mindef, takkan saya tidak tahu mengenai perkara berkenaan (pengimbas suhu badan). Jadi ia tidak tepat,” katanya.

Terdahulu, tersebar di aplikasi WhatsApp kononnya berlaku penularan wabak COVID-19 dalam kalangan anggota pasukan keselamatan itu yang mengambil langkah berjaga-jaga khususnya di Pangkalan Udara Subang serta kewujudan mesin pengimbas suhu badan di Tingkat 18 bangunan Mindef.

Kategori