• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerani Rugi RM54,000 Ditipu Penjual Penutup Mulut Dan Hidung

oleh
24/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Seorang kerani wanita di sebuah syarikat automotif di sini kerugian RM54,000 selepas dipercayai tertipu dengan urusniaga penutup mulut dan hidung melalui aplikasi WhatsApp, 15 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt. Arshad Abu berkata, mangsa yang berusia 37 tahun itu mendakwa membeli topeng muka berkenaan untuk menjualnya semula kepada orang ramai selain untuk kegunaannya memandangkan penularan wabak COVID-19.  

“Siasatan awal mendapati mangsa telah berurusan dengan seorang suspek yang juga wanita melalui WhatsApp dari rumahnya di Taman Samarinda bagi pembelian 3,364 kotak topeng muka.

“Mangsa diminta membuat pembayaran ke akaun CIMB atas nama ‘Rita’ dan dia kemudian membuat bayaran secara berperingkat berjumlah RM54,000 di CIMB dan Maybank pada 16 dan 17 Mac,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata selepas pembayaran dilakukan, mangsa dijanjikan bahawa topeng muka itu akan dihantar ke rumahnya menggunakan lori pada 8.00 malam, 17 Mac, namun sehingga kini dia tidak menerima barang berkenaan dan penjual gagal dihubungi.

“Mangsa merasakan bahawa dirinya ditipu oleh individu terbabit sehingga mengalami kerugian dan membuat laporan polis,” kata Arshad sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mangsa mendakwa wang yang digunakan untuk membayar penutup mulut dan hidung itu berjumlah RM54,000 adalah hasil wang yang dikumpul daripada beberapa kenalannya.  

Dalam pada itu, Arshad turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran penjualan penutup mulut dan hidung yang tidak wujud ketika penularan COVID-19, yang diiklankan melalui pesanan ringkas dan sebarang aplikasi.

Tags: Covid-19Kes Penipuanpenutup hidung mulut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd