• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Digesa Pertimbang Laksana Semula GST Lebih Rendah

oleh
10/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyarankan kerajaan agar menimbang semula pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar lebih rendah iaitu tiga peratus ke bawah serta menggantung bayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk sementara waktu.

Presidennya Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata langkah itu dapat merangsang semula perkembangan ekonomi dalam negara.

“Pengecualian cukai keuntungan industri korporat dan swasta juga perlu dilaksanakan sehingga keadaan ekonomi pulih,” katanya dalam kenyataan di sini yang menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan Kabinet baharu.

Hari ini,  kesemua 31 menteri kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati.

Majlis itu berlangsung susulan pengumuman barisan Jemaah Menteri baharu oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Lau juga meminta kerajaan Perikatan Nasional membantu menjana pendapatan rakyat dengan meningkatkan pengeluaran semua industri domestik bagi menggalakkan perkembangan ekonomi Malaysia.

“Tingkatkan peruntukan dan bantuan sara hidup sehingga RM1,500 kepada individu dan seisi keluarga untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi tekanan kos sara hidup,” katanya.

Meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan, Lau mahu kerajaan segera menggalas tanggungjawab  menangani isu COVID-19 dengan melaksanakan pelan insurans perlindungan kesihatan kepada semua rakyat Malaysia bagi membendung kes penularan wabak seumpama itu.

“Oleh itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia sangat berharap kerajaan baharu segera fokus melaksanakan tugas demi masa depan negara selepas istiadat angkat sumpah hari ini,” kata beliau.

Lau berkata parti itu amat bersyukur kerana pelantikan tersebut terdiri daripada kalangan teknokrat dan individu berkaliber untuk portfolio yang disandang.

Tags: cukai GSTGerakanperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPRM Cadang Tuduh Najib Sejak 2015

Next Post

King Sing Tolak Lantikan Timbalan Menteri Perpaduan Negara

Related Posts

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

28/07/2024
1

Kota Bharu : PAS kecewa dengan pendirian dan kenyataan Gerakan yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah. IKUTI CHANNEL...

Perikatan Nasional Parti Paling Kaya?

Perikatan Nasional Parti Paling Kaya?

18/11/2022
0

Sukar untuk menafikan Perikatan Nasional (PN) tampak seolah-olah begitu banyak dana untuk berdepan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ikuti...

Next Post

King Sing Tolak Lantikan Timbalan Menteri Perpaduan Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd