• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Baharu Dituntut Siasat Semula Kes Berprofil Tinggi

oleh
04/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menuntut kerajaan baharu menyiasat semula kes berprofil tinggi yang telah digugurkan.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, ia termasuk kes bekas anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kes himpunan komunis, komik propaganda komunis dan kes rogol melibatkan seorang wakil rakyat.

Menurutnya, Pembela meletakkan harapan yang tinggi terhadap kerajaan baharu agar dapat melaksanakan keadilan sepenuhnya dalam urusan pentadbiran negara.

“Kami bersyukur apabila kemelut politik tanah air berakhir dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Mentari kelapan sekaligus menamatkan debaran rakyat.

“Selepas persidangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) tempoh hari, politik negara berada di ambang ketidakstabilan yang bukan hanya membimbangkan rakyat Malaysia menjadi perhatian seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Aminuddin berkata, pelantikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu harus diterima semua pihak sebagai menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pembela ingin mengingatkan kepada individu, kumpulan atau mana-mana parti politik agar tidak sesekali bertindak melampau sehingga berani menderhaka kepada titah Seri Paduka Baginda yang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan.

“Kami menyokong penuh sebarang tindakan polis untuk menyekat, menghalang dan menahan mereka yang derhaka. Perbuatan ini amat jelas bertentangan dengan Rukun Negara: Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,” katanya. – Sinar Harian

Tags: KomunisLTTEMuhammad Adibpembela
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Positif Covid-19

Next Post

ADUN Pemanis Tinggalkan PKR, Jadi Bebas

Related Posts

Kerajaan Digesa Bertindak Tegas Insiden Bakar Al-Quran Di Sweden

Kerajaan Digesa Bertindak Tegas Insiden Bakar Al-Quran Di Sweden

26/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengambil langkah lebih tegas menerusi tekanan diplomatik yang wajar supaya kerajaan Sweden mengambil tindakan serius terhadap...

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Next Post

ADUN Pemanis Tinggalkan PKR, Jadi Bebas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd