• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemudahan Di Bawah MOTAC Ditutup Sehingga 30 April

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua kemudahan awam di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) ditutup berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April ini sebagai langkah berjaga-jaga penularan jangkitan COVID-19.

Menteri MOTAC, Datuk Seri Nancy Shukri berkata tindakan ini dibuat dengan mengambilkira kepentingan kesihatan awam dan bertujuan menyekat penularan wabak itu.

“Semua ketua jabatan dan agensi telah diarah menutup fasiliti awam di bawah seliaan masing-masing dan melakukan disinfektasi di semua ruangan kunjungan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Premis yang terlibat ialah Jabatan Muzium Malaysia, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara, Perbadanan Kemajuan Kraftangan, Perpustakaan Negara, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Istana Budaya dan Pusat Pelancongan Malaysia (Matic).

Semalam, 190 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dalam negara menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Seramai 35 orang telah sembuh daripada penyakit itu.

Dalam pada itu, Nancy turut menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu dalam menyekat penularan COVID-19 selari dengan usaha Kementerian Kesihatan.

Tags: Covid-19Istana BudayaKraftanganMuzium
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd