Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tetapkan 10, 11...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 10 dan 11 Mei ini...

Singapura Bunuh Babi Lepas...

SINGAPURA - Gara-gara viral video sekawan babi hutan diberi makan, Penguasa Pertanian Makanan...

MyTukar.com Tawar Tempoh Waranti...

KUALA LUMPUR - Bagi mengukuhkan lagi platform e-dagang yang memudahkan pemilik kenderaan dan...

Siti Nurhaliza Terima Anugerah...

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menerima satu lagi pengiktirafan iaitu anugerah...

Kelonggaran Bayaran Balik Pinjaman RM100 Bilion

KUALA LUMPUR – Kerajaan berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan industri perbankan yang menawarkan kelonggaran bayaran pinjaman.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata inisiatif itu membabitkan jumlah keseluruhan sekurang-kurangnya RM100 bilion.

“Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, bagi membantu PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) serta individu, kerajaan menyambut baik kesanggupan institusi perbankan untuk menawarkan penangguhan atau moratorium bayaran pinjaman selama enam bulan, penukaran baki kad kredit kepada pinjaman berjangka dan penstrukturan semula pinjaman korporat.

“Langkah ini adalah penting untuk membolehkan syarikat terus berkemampuan untuk mengekalkan pekerjaan dan segera meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing. Inisiatif ini membabitkan jumlah keseluruhan sekurangkurangnya RM100 bilion.

“Saya pasti anda yang meminjam dengan bank untuk membeli kereta, rumah dan lain-lain boleh menarik nafas lega sedikit dengan inisiatif ini. Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah. Saya bagi pihak Kerajaan amat berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia dan industri perbankan yang menawarkan kelonggaran ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Sebagai balasannya, Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju supaya pendapatan pihak bank dari faedah atau keuntungan ke atas pinjaman atau pembiayaan yang terbabit dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan ini, hanya dikenakan cukai apabila pendapatan itu diterima selepas tempoh moratorium.

Selain itu, katanya, langkah moratorium akan dipanjangkan dan dilaksanakan bagi pinjaman dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020. – BH Online

Kategori