• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Lelaki 3 Tahun Dijangkiti Virus Polio

oleh
10/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANAK-KANAK lelaki berusia tiga tahun dari Sandakan dikesan dijangkiti virus polio menjadikan empat kes polio dilaporkan di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kanak-kanak bukan warganegara itu mendapat rawatan di hospital selepas mengalami gejala lemah kaki kiri pada 18 Januari lalu.

Menurutnya, kes disahkan polio oleh Makmal Rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Australia pada 5 Mac lalu dan siasatan mendapati kanak-kanak terbabit tidak menerima vaksin polio sejak lahir.

“Ia kes terbaharu disahkan polio di Sabah. Sebelum ini terdapat tiga kes membabitkan bayi tiga bulan dari Tuaran, kanak-kanak tiga dan lapan tahun dari Sandakan serta 11 tahun dari Kinabatangan.

“Hanya bayi yang masih dirawat di hospital dan memerlukan alat bantuan pernafasan, namun dilaporkan stabil. Manakala tiga kes adalah bukan warganegara dan tidak menerima vaksin polio,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Noor Hisham berkata, semasa aktiviti kawalan dan pencegahan polio dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lapangan pada 24 Januari lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dari Semporna ditemui mengalami gejala Acute Flaccid Paralysis.

“Kanak-kanak itu demam pada 10 Januari diikuti lemah kaki hingga tidak dapat berjalan seperti biasa pada 17 Januari, namun tidak dibawa mendapatkan rawatan.

“Hasil penelitian pakar, kes itu diklasifikasi sebagai polio compatible memandangkan gejala dialami mirip kepada polio,” katanya.

Selain itu, katanya, KKM turut menjalankan survelan bagi mengesan virus polio dalam persekitaran dan sebanyak 13 sampel air kumbahan diambil dari beberapa lokasi di Sabah.

Beliau berkata, survelan persekitaran diperluaskan ke semua daerah di Sabah dan Semenanjung Malaysia bagi memastikan virus polio dikesan awal agar langkah kawalan dan pencegahan dapat dijalankan segera. – myMetro Online

Tags: kanak-kanakKKMSabahvirus polio
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd