• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakitangan Bekerja Perlu Ada Surat Pelepasan Perjalanan

oleh
20/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiap agensi kerajaan dan majikan swasta diarah mengeluarkan surat pelepasan perjalanan kepada setiap kakitangan yang terpaksa bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagi mengelakkan ada pihak sengaja bergerak bebas keluar tanpa alasan munasabah dengan segelintirnya mendakwa perlu memenuhi tuntutan bekerja.

Katanya, Ketua Setiausaha (KSU) setiap kementerian akan mengeluarkan surat pelepasan dan kebenaran perjalanan kepada setiap pekerja, manakala Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mendapatkan surat yang sama daripada majikan swasta.

“Ada masalah melalui sekatan polis (beri alasan pergi bekerja), ini akan dapat diselesaikan melalui pas perjalanan (dikeluarkan) KSU kementerian dan pejabat swasta,” katanya pada sidang medianya yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, berkata majikan juga tidak dibenarkan menyekat gaji pekerja yang terpaksa diberi cuti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kita akan berbincang dengan Menteri Kewangan supaya gaji mereka (yang diberi cuti) berjalan seperti biasa. Kita tidak benarkan jika ada majikan ambil kesempatan, ada majikan minta pekerja tandatangan bersetuju cuti tanpa gaji. Kita tidak benarkan mereka bekerja, tapi gaji jalan seperti biasa,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd