• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jailani Sedia Dedah Individu Tawar Jawatan Ketua Menteri

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA TENGAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis bersedia untuk mendedahkan individu daripada Pakatan Harapan (PH) yang menawarkan beliau jawatan Ketua Menteri.

Muhammad Jailani mendakwa tawaran itu diberikan individu yang dinamakan wakil kepada wakil rakyat dan individu berjawatan sebagai wakil rakyat sekiranya beliau kembali sertai PH.

Menurutnya, beliau menyokong Perikatan Nasional bukanlah untuk merebut kuasa tetapi berpegang kepada prinsip untuk membentuk kerajaan yang lebih baik membela nasib rakyat dan bukan kerajaan yang retorik.

“Sebelum ini saya tarik diri daripada dicalonkan sebagai Ketua Menteri, saya buat perjuangan ini bukan untuk menjadi Ketua Menteri.

“Jika Perdana Menteri menawarkan saya jawatannya, saya tak nak, jadi kalau nak menggunakan saya tak payahlah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyertai pertemuan bersama 14 lagi ADUN Perikatan Nasional dengan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob di Seri Negeri di Ayer Keroh di sini hari ini.

Muhammad Jailani berkata, beliau bersama dengan kerajaan baharu Melaka itu kerana mahu kerajaan ini berfungsi serta berperanan menyelesaikan masalah rakyat.

“Masa saya duduk (dalam kerajaan) bila kita nasihat buatlah, contoh krisis air kalau tahun lepas kita ambil tindakan agresif mungkin ini tidak akan berlaku (catuan air).

“Saya tak mahu sebut siapa mereka sebab hormat dan tidak mahu memalukan mereka tapi sekiranya dipaksa saya akan beritahu,” katanya.

Isnin lalu, ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis selain wakil rakyat Bersatu iaitu ADUN Telok Mas, Datuk Nor Affandi Ahmad dan ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menyatakan sokongan bagi menubuhkan kerajaan baharu Perikatan Nasional.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, secara rasminya Perikatan Nasional Melaka kini mempunyai 17 ADUN untuk membentuk sebuah kerajaan baharu yang kuat dan kukuh termasuk 13 wakil rakyat BN. – Sinar Harian

Tags: Ketua Menteri MelakaMuhammad Jailani Khamisperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Rombakan baharu kepimpinan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menyaksikan beberapa tokoh besar parti Bersatu ‘turun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd