• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Istiadat Angkat Sumpah EXCO Melaka Esok

oleh
12/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYER KEROH – Sekurang-kurangnya sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang dijangka terpilih sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), akan mengangkat sumpah jawatan, esok.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri Melaka, hari ini, Istiadat Pengurniaan, Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia EXCO itu akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, di sini jam 2.30 petang.

Istiadat di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob itu susulan perubahan pucuk kepemimpinan negeri yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri pimpinan Adly Zahari tumbang.

Ia sekali gus membolehkan gabungan Perikatan Nasional (PN) membabitkan 13 ADUN Barisan Nasional (BN) bersama masing-masing seorang ADUN PKR dan DAP (kini Bebas) membentuk kerajaan baharu.

Semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali mengesahkan senarai nama ADUN yang bakal dilantik sebagai EXCO, sudah dipersembahkan kepada Mohd Khalil untuk dipersetujui.

Sumber memberitahu NSTP, dua ahli EXCO yang dilantik oleh kerajaan PH sebelum ini, dijangka dilantik semula ke jawatan itu.

Mereka adalah ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

ADUN Taboh Naning, Datuk Latipah Omar adalah satu-satunya wakil rakyat wanita dalam kerajaan PN negeri juga dikatakan akan dilantik sebagai EXCO.

Selain itu, mereka yang dikatakan terpilih adalah dalam kalangan pemegang jawatan UMNO di peringkat bahagian iaitu Datuk Seri Abd Ghafaar Atan (Asahan), Datuk Hasan Abd Rahman (Sungai Rambai) dan Datuk Wira Ismail Othman (Kuala Linggi).

Difahamkan turut dilantik adalah Datuk Roslan Ahmad (Merlimau), Datuk Noor Azman Hassan (Pantai Kundor) dan Rahmad Mariman (Ayer Molek). – BH Online

Tags: angkat sumpahExco Melakakerajaan negeri melaka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Nazrin Mahu Kestabilan Politik – Ahmad Faizal

Next Post

Sultan Ibrahim Akan Tetapkan Tarikh Sidang DUN Johor

Related Posts

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

25/08/2023
0

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini. (Ada rancangan...

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

23/08/2023
0

SEREMBAN: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan akan berlangsung esok. (Ada rancangan nak melancong…atau ada...

Next Post

Sultan Ibrahim Akan Tetapkan Tarikh Sidang DUN Johor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd