• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikan Kembung, Telur Ayam Gred A Naik Harga

oleh
30/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Harga purata barangan makanan utama di negara ini didapati mengalami kenaikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lalu.

Mengikut data dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, antara barangan mengalami kenaikan ialah ikan kembung, telur ayam gred A, timun, kelapa parut dan daging lembu tempatan (bahagian paha).

Berdasarkan statistik itu, purata harga ikan kembung mencatatkan kenaikan iaitu RM14.08 berbanding RM13.92 sehari sebelum PKP dilaksanakan.

“Purata harga telur ayam gred A adalah RM3.99 berbanding RM3.87 sebelum PKP. Timun pula RM3.09 berbanding RM2.91 sebelum ini.

“Bagi purata harga kelapa parut pula RM7.73 berbanding RM7.65 sebelumnya, manakala daging lembu tempatan (bahagian paha) adalah RM32.80 berbanding RM32.74 sebelum PKP ini,” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Perangkaan Malaysia juga turut menyenaraikan 11 median harga barangan dalam tempoh PKP.

Antaranya telur ayam gred A RM3.95, pisang emas RM5.10, ikan kembung RM14.17, tembikai merah berbiji RM3.09, timun RM3.03, bawang import (India) RM6.65, ayam bersih (standard) RM7.53, kelapa parut RM7.72.

Selain itu, sotong (saiz M) RM26.24, udang putih (ternak saiz M) RM31.63 dan daging lembu tempatan RM32.75. – Sinar Harian

Tags: barangan makananHarga Barangperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd