• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Identiti Orang Melayu Kampong Bharu Dipertahan

oleh
31/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Identiti orang Melayu di Kampong Bharu akan dikekal dan dipertahankan walaupun kawasan itu dibangunkan sebagai sebuah pusat komersil moden, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Perbincangan dengan penduduk serta semua pihak yang terlibat dalam projek pembangunan itu akan diadakan secara berperingkat agar satu pelan tindakan yang komprehensif dapat direncanakan bagi melindungi hak keistimewaan orang Melayu di kawasan itu.

“Kementerian akan lihat kepada pilihan-pilihan lain yang lebih baik dan menepati kehendak penduduk Kampong Bharu serta akan mengkaji model yang lebih sesuai bagi tujuan pembangunan,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Annuar berkata, pembangunan dengan konsep yang berbeza diperlukan bagi mengekalkan keunikan identiti asal Kampong Bharu sebagai satu-satunya kelompok tanah terakhir milik orang Melayu di tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Kalaupun penduduk Kampong Bharu tidak memiliki bangunan pencakar langit, beliau berkata, sekurang-kurangnya mereka akan menikmati pembangunan yang boleh menjana pendapatan dengan baik.

Annuar berkata, kerajaan sedia bertindak mempercepatkan pembangunan Kampong Bharu dan pada masa sama akan memastikan kawasan itu terhindar daripada pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan seperti bersandar kepada kuasa pasaran dalam pelaksanaan projek itu.

“Pembangunan secara ‘market forces’ dan ‘capitalism economy’ tidak boleh menyelamatkan Kampong Bharu,” ujarnya.

Mengulas nasib golongan gelandangan sekitar Kuala Lumpur dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras wabak Covid-19, beliau berkata, kementeriannya akan menambah tiga lagi tempat perlindungan sementara dalam masa terdekat ini yang boleh menampung 600 penghuni.

Rumah gelandangan (Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur) dan Anjung Singgah sudah penuh.

Memandangkan tiada data mengenai golongan gelandangan pada masa ini, pihak berkuasa, katanya akan menjalankan proses saringan profil mereka agar bantuan sewajarnya dapat diberikan dan hanya mereka yang benar-benar memerlukan akan ditempatkan di pusat-pusat sementara itu.

“Sebagai contoh, jika ada dalam kalangan mereka penagih dadah, mereka akan dihantar ke pusat pemulihan dadah manakala pendatang asing tanpa izin pula akan diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tags: kampong bharuOrang MelayuPembangunan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

20/06/2026
0

MUAR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan ahli politik supaya tidak memberi janji-janji kosong kepada rakyat Johor. Baginda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd