• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Belang Mersing Ditemukan Mati

oleh
06/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seekor harimau belang yang sebelum ini dilihat berkeliaran sekitar Ladang Aramijaya, Mersing, Johor, ditemui mati semalam di kawasan berbukit dalam ladang berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, berkata pasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Mersing yang menjejaki haiwan itu dimaklumkan penemuan bangkai harimau pada 12.30 tengah hari semalam oleh pengurus ladang.

“Hasil siasatan awal PERHILITAN mendapati Harimau Malaya itu dipercayai mati dua hingga tiga hari lalu berdasarkan keadaan bangkai yang mula mereput. Siasatan awal tidak menemui sebarang kesan harimau ini mati ditembak, dijerat atau disebabkan oleh apa-apa perbuatan khianat yang lain.

“PERHILITAN percaya punca kematian Harimau Malaya ini berkemungkinan disebabkan penyakit ‘Canine Distemper’ iaitu sama seperti penyakit yang dialami ‘Awang Besul’ (harimau belang) di Terengganu pada Julai 2019,” menurut kenyataan itu.

Doktor Veterinar Perhilitan akan menjalankan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian harimau itu.

Pada 1 Mac lalu, PERHILITAN Negeri Johor menerima aduan daripada orang awam mengenai seekor Harimau Malaya dilihat merayau dalam kawasan Ladang Site 15, Ladang Aramijaya, Mersing, Johor.

Video mengenai harimau itu tular dalam media sosial serta mendapat liputan akhbar tempatan. – BH Online

Tags: harimau belangHarimau MalayaJohorPenyakit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 ADUN Bersatu Sokong PH Tak Faham Situasi

Next Post

Johor Cipta Sejarah Lantik ADUN Bebas

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

Next Post

Johor Cipta Sejarah Lantik ADUN Bebas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd