• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Siling Penutup Mulut Dan Hidung Akan Diturunkan

oleh
22/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melihat semula harga siling penutup mulut dan hidung yang ditetapkan RM2 sekeping, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, perkara berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat esok, memandangkan harga siling bagi penutup mulut dan hidung pada masa ini adalah tinggi.

“Perdana Menteri juga tidak bersetuju dengan harga yang terlalu tinggi tersebut dan kita akan adakan mesyuarat esok, supaya pihak KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) melihat semula harga tersebut.

“Kita mahu ia (harga) diturunkan, kalau boleh diturunkan lebih banyak lagi, mungkin diturunkan sehingga ke paras yang ditetapkan di peringkat awal lagi,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini, hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, tidak ada sebab untuk harga penutup mulut dan hidung dinaikkan, memandangkan kerajaan telah bersetuju untuk menghapuskan duti import bagi pembelian peralatan itu.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, harga siling topeng muka atau penutup mulut dan hidung dinaikkan daripada 80 sen kepada RM2 sekeping, selain membenarkan import barangan itu, susulan kekurangan bekalan di pasaran domestik.

Hari ini, Nanta juga dilaporkan berkata terserah kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), untuk membuat keputusan mengenai cadangan pemberian penutup mulut dan hidung secara percuma, terutamanya di kawasan-kawasan berisiko COVID-19.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, 10 juta penutup mulut dan hidung yang akan dibawa masuk dari China, adalah dibiayai oleh kerajaan.

Katanya, peralatan itu akan diagihkan mengikut keutamaan, diberikan kepada petugas barisan hadapan dan selebihnya diagihkan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, secara dasarnya persetujuan telah dicapai dengan kerajaan China, dan urus kerja untuk membawa masuk bekalan penutup mulut dan hidung sedang diurus, Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama syarikat penerbangan.

Tags: Ismail Sabri YaakobKPDNHEPMKNtopeng muka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

09/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya semua fasiliti...

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

05/03/2023
0

ALOR SETAR: UMNO sedia mendedahkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk membuktikan badan itu menerima usul dibuat ketika Persidangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd