Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Bayi Terselamat Selepas Dicampak...

SEORANG bayi yang berusia tujuh bulan nyaris maut selepas dicampak dari sebuah jambatan...

Seorang Kanak-Kanak Di N.Sembilan...

SEREMBAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang menerima rawatan di Hospital...

Suaram Kecewa 3 Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan propembangkang, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kecewa dengan keputusan Mahkamah...

KL2017: Syabas Malaysia Bergelar...

KUALA LUMPUR - Presiden Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) Tan Sri Tunku Imran Tuanku...

Hapus Riba Bayaran Balik PTPTN – PAS

PAS berharap unsur riba dalam pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dapat dihapuskan.

Pandangan itu disuarakan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang mahukan peminjam PTPTN hanya perlu membayar jumlah pinjaman sahaja.

“Sekiranya kerajaan (diterajui Perikatan Nasional) hari ini tidak dapat menyelesaikan isu (menghapuskan hutang) PTPTN, jika dapat selesaikan tanpa riba pun sudah okay.

“Isu (PTPTN) ini, jangan kata pengecualian sebab (dalam Islam) bila pinjam kena bayar, cuma jangan dikenakan riba,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Kota Bharu, hari ini.

Ditanya adakah PAS sendiri akan mengambil langkah memansuhkan PTPTN memandangkan ia satu daripada manifesto parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Ahmad berkata, itu manifesto PAS, bukannya Perikatan Nasional.

“Sekarang ini, kita Perikatan Nasional yang mempunyai banyak parti,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, manifesto PAS hanya terpakai sekiranya PAS berjaya membentuk kerajaan sendiri.


“Ini bukan kerajaan PAS… PAS hanya sebahagian kecil, jadi macam mana kita mahu melaksanakannya.

“Berbeza dengan Pakatan Harapan (PH), kita adalah pakatan yang baru diwujudkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berharap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat menumpukan perkara asas iaitu memulihkan ekonomi dan mengurangkan tekanan ekonomi rakyat.

Mohd Amar turut berharap pembentukan kabinet dapat mengembalikan pelabur dan keyakinan rakyat. – myMetro Online

Kategori