• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Doakan, Bantu, Berilah Pandangan Kepada Saya” – Dr. Zulkifli

oleh
10/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, meminta semua pihak mendoakan beliau agar dikurnia kekuatan untuk memikul amanah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Beliau yang akan dilantik sebagai Senator bagi membarisi Kabinet baharu, turut berharap dikurniakan kekuatan untuk menggalas kepercayaan terbabit dengan sepenuh keupayaan dirinya.

Zulkifli sekali gus menyifatkan pelantikan itu sebagai babak pertama dan episod baharu yang akan ditempuhi beliau.

“Sejurus pengumuman pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak, untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana.

“⁣Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar dikurniakan Allah SWT, kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini dengan sepenuh keupayaan saya,” katanya dalam laman sosial Facebook rasmi beliau, hari ini.

Selain itu, Zulkifli meminta semua pihak supaya membantu dan memberikan pandangan kepada beliau.

“Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama dalam keredaan-Nya. Kepada Allah SWT kami berserah dan bertawakal,” katanya.

Dalam perkongsian itu, Zulkifli turut memetik sebuah hadis daripada ‘Abdullah bin Salam.

“Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya di tengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembohong.

“Dan yang pertama beliau ucapkan ialah ‘Wahai sekalian manusia, ⁣pertama, sebarkanlah salam⁣; kedua, berikan makan⁣; ketiga, sambunglah silaturrahim; ⁣keempat, solat di waktu malam ketika orang tidur. Nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat,” katanya. – BH Online

Tags: menteri hal ehwal agamaMufti Wilayah PersekutuanZulkifli Mohamad Al-Bakri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Saran Joe Branko Hasilkan Lagu Ketuhanan

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Saran Joe Branko Hasilkan Lagu Ketuhanan

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menerima kunjungan hormat legenda rock tanah air, Joe Branko dan Eddie hari ini....

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd