• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daun Semambu Mampu Merawat Covid-19?

oleh
26/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“TIADA kajian saintifik membuktikan daun semambu mampu merawat Covid-19.”

Demikian pendapat pakar Imunologi dan Virologi daripada Akademi Sains Malaysia, Prof. Dr. Shamala Devi Sekaran.

Dalam sidang video menerusi FB Live bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dengan dua profesor lain, pertanyaan itu diajukan oleh Khairy kepada Shamala selepas perkara itu tular di media sosial.

Shamala berkata, seperti vaksin, ubat-ubatan juga perlu disahkan terlebih dulu sebelum digunakan.

“Tiada bukti saintifik, kalau ikutkan terlampau banyak produk herba yang didakwa bagus.

“Bagaimanapun, ia memerlukan kajian mendalam dan bukti saintifik sebelum digunakan,” katanya.

Selain itu, Public Health Malaysia turut menafikan dakwaan air rebusan daun semambu itu boleh memulihkan keadaan mereka yang mempunyai simptom Covid-19 seperti demam, sakit tekak dan sesak nafas.

Melalui penafian berita palsu oleh pasukan respon pantas kendalian Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) selepas perkara itu tular di media sosial.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai seorang lelaki berkongsi pengalaman menggunakan air rebusan daun neem atau semambu selepas anaknya demam dan sakit tekak sebaik pulang daripada berkursus.

“Anak saya dan rakannya berkursus di Perak, di mana peserta ada yang positif Covid-19.

“Selepas pulang, baru bosnya suruh rujuk ke hospital. Saya kemudian cuba bagi minum air rebusan daun neem atau semambu sebagai ikhtiar.

“Alhamdulillah ok dan keesokan saya rebuskan untuk rakannya, selang dua hari mereka pulih,” katanya menerusi satu hantaran yang tular itu.

Lelaki itu mendakwa, diharap perkongsiannya iaitu merebus 20 helai daun neem dengan empat cawan air dan meminumnya diharap mendapat perhatian KKM dan dibuat kajian. – myMetro Online

Tags: Covid-19daun semambuproduk herba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd