• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: UTHM Pagoh Ditutup Untuk Proses Dekontaminasi

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengumumkan penutupan seluruh premis universiti itu bagi kampus cawangan Pagoh untuk proses dekontaminasi mulai hari ini bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Menurut pekeliling rasmi Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Wahid Razzaly, pihak universiti akan menjalankan proses dekontaminasi melibatkan keseluruhan premis di kampus berkenaan yang akan dijalankan secara menyeluruh.

“Sehubungan itu, seluruh kampus UTHM Cawangan Pagoh akan ditutup bermula 16 Mac sehingga 19 Mac ini bagi memberi ruang kepada proses dekontaminasi untuk diadakan secara menyeluruh dengan baik,” katanya menerusi pekeliling itu yang dimuat naik dalam Facebook rasmi UTHM, tengah malam tadi.

Beliau berkata, penutupan kampus itu akan melibatkan keseluruhan staf akademik dan bukan akademik kecuali staf Pusat Kesihatan universiti, Pejabat Pembangunan dan Penyenggaraan serta Bahagian Keselamatan dan Kolej Kediaman.

Tambah beliau, proses kuarantin dan saringan akan terus berjalan mengikut tatacara sedia ada dan penempatan mereka yang terlibat akan dikekalkan sehingga sebarang keputusan hasil daripada proses saringan diperoleh.

“Semua staf akademik dan pentadbiran adalah dibenarkan untuk bekerja dari rumah dan staf tidak perlu merekod kehadiran keluar masuk di kampus. Rekod kehadiran bagi kesemua staf yang terlibat akan dikemas kini secara automatik oleh Pejabat Pendaftar,” kata Wahid.

Beliau berharap agar semua pihak sentiasa mematuhi langkah pencegahan bagi mengelak penularan Covid-19 daripada berleluasa.

Semalam, UTHM mengesahkan seorang petugas universiti itu positif Covid-19 dan kini dirawat di Hospital Permai, di sini.

Tags: Covid-19koronaviruspagohUTHM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd