• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Semuanya Bermula Di Kenduri Kahwin, Tahlil

oleh
27/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIMPANG RENGGAM – “Semuanya bermula daripada majlis kenduri kahwin dan tahlil pada 15 Mac di Bandar Baru Ibrahim Majid,” kata penduduk Kampung Datuk Ibrahim Majid, Roslizam Mostajab, 45, ketika menceritakan detik permulaan merebaknya wabak COVID 19 di perkampungan berkenaan.

Menurut Roslizam, bermula dengan hanya dua orang dikesan positif wabak maut itu, kini ia menular sehingga menyebabkan enam kampung dengan kira-kira 3,570 penduduk terpaksa diarahkan berkurung di kediaman masing-masing bermula tengah malam tadi melalui Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Katanya, walaupun Kampung Ibrahim Majid terletak kira-kira 1.5 kilometer daripada Bandar Baru Ibrahim Majid, namun ia adalah laluan utama ke beberapa kampung rangkaian lain yang berdekatan selain jalan pintas ke Pekan Simpang Renggam.

“Keadaan ini menyebabkan kadar penyebaran wabak COVID 19 ini berlaku terlalu pantas dan sehingga hari ini sebanyak 61 kes positif COVID 19 daripada 83 kes yang dilaporkan di Kluang.

“Dijangka jumlah ini akan meningkat dalam sehari dua jika usaha memutuskan rangkaian penyebaran wabak COVID 19 tidak dilakukan dengan lebih gigih dan sabar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Roslizam dalam pada itu menyeru semua penduduk kampung yang terbabit dalam PKPD ini memberikan kerjasama sebaik-baiknya kerana apa yang berlaku sekarang adalah berpunca daripada kecuaian mereka dalam menangani wabak ini.

“Bagaimana pun, apa yang kami bimbang sekarang ini adalah soal bekalan makanan asas kerana tindakan mengejut arahan PKPD menyebabkan sebahagian besar penduduk tidak membuat sebarang persediaan termasuk melakukan simpanan keperluan secukupnya.

“Kami amat berharap pihak kerajaan mengambil langkah sewajarnya untuk membantu penduduk yang terjejas kerana tempoh PKPD selama 14 ini bukanlah satu masa yang singkat untuk diharungi oleh orang kampung yang kini tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap,” katanya.

Selain Kampung Datuk Ibrahim Majid yang mempunyai kira-kira 1,495 penduduk, turut terjejas adalah Kampung Parit Salman membabitkan 180 penghuni, Parit Kasmani (20), Parit Takibek (120), Lorong Perdana (180), Taman Surau (95) dan Jalan Benut (150). – BH Online

Tags: Covid-19Perintah Kawalan Pergerakan DiperketatkanSimpang Renggam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Beranak Maut, Tiga Cedera Nahas Di Simpang Renggam

Dua Beranak Maut, Tiga Cedera Nahas Di Simpang Renggam

26/10/2025
0

Johor Bahru : Ibu dan anak lelakinya maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 65,...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd