• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penginapan Sementara Pekerja Malaysia Di Singapura

oleh
17/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Agensi kerajaan dan persatuan perdagangan di Singapura bersedia membantu majikan tempatan mewujudkan penginapan sementara di republik ini untuk pekerja Malaysia.

The Straits Times yang memetik Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing, melaporkan majikan pekerja Malaysia yang perlu menempatkan kakitangan mereka di penginapan sementara itu boleh mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan dan persatuan perdagangan.

Menurut laporan itu, Chun Sing berkata, pihaknya memberi jaminan menangani kebimbangan warga Singapura berhubung implikasi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Malaysia mulai esok hingga 31 Mac ini susulan pandemik COVID-19.

Sementara itu, dalam status terkininya di laman Facebook, Chun Sing berkata, Singapura telah mempunyai pelan luar jangka jika berlaku gangguan bekalan makanan dan barangan keperluan dari Malaysia.

“Kami telah menyediakan perancangan kukuh bagi menangani keadaan ini dan akan terus mengkaji semula strategi bagi memastikan warga Singapura tidak terputus bekalan makanan serta keperluan,” katanya.

Beliau berkata, Singapura mempunyai bekalan sumber karbohidrat seperti beras dan mi untuk tempoh lebih tiga bulan pada peringkat nasional.

“Bagi sumber protein seperti daging dan sayur-sayuran, kami akan menggunakan gabungan bekalan segar, sejuk beku serta tin untuk memenuhi permintaan, dan kami mempunyai bekalan melebihi dua bulan untuk penggunaan normal.

“Bagi bekalan telur, kami mempunyai pengeluaran pada peringkat tempatan dan turut mengaktifkan pilihan kargo udara bagi menggantikan bekalan dari Malaysia sekiranya mengalami gangguan,” kata Chun Sing menerusi catatan itu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara berkuat kuasa esok hingga 31 Mac ini bagi mengekang penularan COVID-19.

Chun Sing dalam maklum balas segera, semalam, turut menasihati syarikat yang mempunyai pekerja Malaysia berulang-alik antara Singapura dengan Malaysia setiap hari, mengenai kemungkinan mereka perlu mengaktifkan Pengurusan Kesinambungan Perniagaan masing-masing.

Tags: Covid-19pekerja malaysiaperintah kawalan pergerakanSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd