• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Jemaah Tabligh Lari Dari Hospital Berjaya Dikesan

oleh
17/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Seorang warga emas dengan simptom COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Jasin yang berita mengenainya tular di media sosial, berjaya dikesan dan dibawa oleh pasukan petugas khas hospital itu ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan, berkata maklumat awal mendapati lelaki berusia 65 tahun itu, yang ditemui pada kira-kira jam 7 malam Ahad, adalah antara mereka yang menyertai ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

“Lelaki itu, gelandangan berasal dari Perlis, sebelum ini hadir ke Hospital Jasin untuk melakukan pemeriksaan dan dikesan mempunyai simptom COVID-19. Ketika dalam proses ditahan di wad untuk mendapatkan rawatan lanjut, dia melarikan diri.

“Doktor telah membuat laporan polis kira-kira jam 5.30 petang semalam,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mispani berkata, sebaik mendapat laporan itu, sepasukan anggota polis digerakkan untuk mengesan lelaki terbabit.

Beliau juga memaklumkan, setakat ini, sejumlah 30 peserta program itu yang berasal dari Jasin secara sukarela melakukan saringan COVID-19 dan didapati negatif.

“Saya juga ingin menyarankan kepada semua peserta ijtimak tabligh, terutama dari daerah Jasin, agar melakukan saringan COVID-19 secara sukarela di mana-mana hospital atau klinik kesihatan. Lebih baik kita mencegah daripada berlaku perkara yang lebih mudarat lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mispani berkata 15 individu berusia lingkungan 18 hingga 55 tahun, termasuk tujuh pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam di Merlimau, antara yang ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah di daerah ini sepanjang Februari hingga semalam.

“Pelbagai jenis dadah dianggar seberat 2,379 gram bernilai RM63,585 dirampas susulan penahanan itu. Kebanyakan mereka yang ditahan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah. Polis Jasin akan terus melaksanakan risikan serta operasi bagi membanteras aktiviti pengedaran dadah di daerah ini,” katanya.

Tags: Covid-19hospital jasinIjtimak Tabligh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd