• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Hampir 1 Bilion Individu Berkurung Di Rumah

oleh
23/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Hampir satu bilion manusia di seluruh dunia berkurung di rumah mereka, semalam selepas angka kematian global akibat koronavirus (Covid-19) setakat ini mencecah 12,806 dan Amerika Syarikat melancarkan langkah kuarantin yang sebelum ini telah dilaksanakan di seluruh Eropah.

Pandemik itu menjejaskan sepenuhnya kehidupan di seluruh planet, menyekat pergerakan, menutup sekolah dan memaksa jutaan individu bekerja dari rumah.

Kira-kira 900 juta orang terpaksa berkurung di rumah mereka di 35 negara di serata dunia termasuk 600 juta orang yang diwajibkan menjalani perintah kuarantin oleh kerajaan.

Meskipun orang tua dan mereka yang mempunyai keadaan perubatan sedia ada adalah golongan paling teruk terjejas, namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran orang muda turut berisiko.

“Hari ini saya ada mesej untuk golongan muda, anda tidak kebal. Virus itu boleh menyebabkan anda dimasukkan ke hospital selama beberapa minggu atau membunuh anda.

“Walaupun tidak sakit, pilihan yang anda buat tentang ke mana anda melangkah boleh menjadi perbezaan antara hidup dan mati orang lain,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Pada ketika ini, seluruh Eropah melaksanakan sekatan tegas seperti yang dilakukan China, terutamanya apabila negara Eropah kini menyumbang lebih separuh daripada kematian dunia akibat Covid-19. – Agensi

Tags: Covid-19koronaviruskuarantin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kastam Nafi Tak Melepaskan Topeng Muka Import

Next Post

Masjid Al-Alqsa Ditutup Mulai Hari Ini

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

Masjid Al-Alqsa Ditutup Mulai Hari Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd