• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Ketua Menteri Melaka Diumum Isnin

oleh
06/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob memaklumkan Ketua Menteri Melaka yang baharu adalah dalam kalangan 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyokong gabungan BN.

BN mempunyai 13 ADUN dalam Dewan Undangan Negeri Melaka manakala dua lagi yang menyokong gabungan itu ialah ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis (PKR) dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee (DAP).

Ab Rauf berkata, bagaimanapun nama Ketua Menteri Melaka yang baharu itu hanya akan diumumkan pada 3 petang sebelum Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka Ke-12 dijadual Isnin ini.

“Seramai 13 ADUN BN bersama dua ADUN gabungan dipanggil menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka hari ini bagi membincangkan situasi politik negeri Melaka.

“Perbincangan menjurus kepada kesejahteraan rakyat khususnya kestabilan politik Melaka keseluruhannya.

“Dimaklumkan kepada kami calon Ketua Menteri Melaka Ke-12 akan diumumkan pada 3 petang sebelum majlis angkat sumpah 9 Mac yang datangnya dalam kalangan wakil rakyat, 13 (ADUN BN) tambah dua orang (gabungan sokong BN),” katanya pada sidang media di Ayer Keroh, hari ini.

Tags: Ketua Menteri Melakaperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Rombakan baharu kepimpinan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menyaksikan beberapa tokoh besar parti Bersatu ‘turun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd