• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boleh Ambil Sampel Ujian COVID-19 Di Rumah

oleh
10/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan melancarkan perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah bagi mereka yang ingin membuat ujian pengesanan penyakit itu tetapi tidak menepati kriteria pesakit dalam siasatan (PUI).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata perkhidmatan dengan kerjasama hospital dan pembekal perubatan swasta itu membolehkan orang awam yang tidak mempunyai gejala menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke kemudahan kesihatan.

“Pada masa ini, pensampelan dilakukan kepada mereka yang dikenal pasti iaitu PUI, namun ada segelintir mereka yang khuatir dan ingin mendapatkan ujian COVID-19 tetapi tidak menepati kriteria PUI.

“Dengan ini, kementerian tiada halangan bagi mereka yang ingin untuk mendapat ujian ini daripada pihak swasta,” katanya pada sidang media pelancaran ‘Uberisation: Home Sampling COVID-19’ di sini, hari ini.

Buat masa ini, terdapat 11 syarikat swasta terbabit dalam menyediakan perkhidmatan pengambilan sampel ujian COVID-19 dari rumah dan senarai syarikat swasta ini mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa.

Syarikat yang terbabit ialah Bookdoc, DoctorOnCall, Pantai Premier Pathology Sdn. Bhd., Lablink (M) Sdn. Bhd. (KPJ), Qualitas Medical Group Sdn. Bhd., Gleneagles Kuala Lumpur, Twin Tower Medical Centre KLCC, Pantai Hospital Kuala Lumpur, Pantai Hospital Cheras, Pantai Hospital Klang dan Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka.

Dr. Noor Hisham berkata, perkhidmatan pengambilan sampel akan dilakukan oleh pegawai perubatan dan paramedik swasta yang terlatih, dan sampel akan dihantar ke makmal swasta untuk dianalisis.

“Perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah ini tertakluk kepada caj yang dikenakan oleh pihak swasta,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, kementerian hanya bertanggungjawab dalam melatih anggota daripada makmal dan hospital swasta dalam pengendalian kes PUI, pengambilan dan pengendalian sampel serta kawalan mutu untuk ujian COVID-19.

Beliau berkata, kerjasama bersama penyedia perubatan swasta akan meringankan kehadiran orang ramai untuk melakukan ujian pengesanan COVID-19 di hospital dan klinik kesihatan kerajaan.

Orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan memuat naik aplikasi berkaitan bagi menentukan masa lawatan ke rumah bagi tujuan pengambilan sampel atau layari laman web syarikat berkenaan untuk maklumat lanjut, katanya.

Tags: Covid-19KKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd