• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Kes 1MDB Ditangguh Sehingga Terima Keputusan Covid-19

oleh
13/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan pendakwaan bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini, untuk menjalani pemeriksaan kesihatan berhubung penularan Covid-19.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan kes ditangguh sehingga Khamis depan sementara menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan bagi kedua-dua pihak.

Perkara berkenaan ditetapkan semasa sebutan kes menyelewengkan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion selepas peguam, Noor Farhah Mustaffa menyerahkan surat perintah isolasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kakak ipar kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib.

Menurutnya, surat akuan daripada Hospital KPJ Damansara yang menyatakan Muhammad Shafee menjalani ujian di hospital itu dan dinasihatkan dikuarantin sehingga keputusan diperoleh turut disertakan sekali.

“Tan Sri Muhammad Shafee dinasihati untuk menjalani kuarantin di rumah sehingga keputusan kesihatannya diketahui seawal pagi esok.

“Lapan peguam lain dalam pasukan pembelaan Datuk Seri Najib juga akan melakukan perkara sama,” katanya.

Mahkamah kemudian mengarahkan Noor Farhah untuk memaklumkan perkembangan mengenai keputusan kesihatan Muhammad Shafee agar mahkamah boleh menetapkan tarikh perbicaraan pada hari Khamis dan Jumaat minggu depan.

Semalam, Hakim mengarahkan Noor Farhah menyediakan dua dokumen akuan rasmi daripada Hospital Sungai Buloh dan KKM berhubung ketidakhadiran Muhammad Shafee yang dikhuatiri terdedah dengan jangkitan Covid-19 ketika mengadakan kenduri di rumahnya di Bukit Tunku di sini Sabtu lalu.

Ekoran daripada itu, Muhammad Shafee diarah untuk menjalani kuarantin diri di rumah oleh KKM selepas didapati berhubung dengan individu yang mempunyai kontak secara langsung dengan pesakit Covid-19.

Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Bekas menteri kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM 5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. – Sinar Harian

Tags: 1MDBCovid-19Shafee Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd