• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Makanan Penduduk Simpang Renggam Mencukupi

oleh
27/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Besar, Datuk Hasni Muhammad memberi jaminan bekalan makanan penduduk terjejas di Simpang Renggam mencukupi dan akan dipantau sepanjang masa.

Hasni berkata, keperluan makanan semua penduduk di Simpang Renggam akan dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan.

“Pada kesempatan ini, saya memberi jaminan makanan asas yang mencukupi akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh JKM sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

“Kerajaan Johor juga akan sentiasa memantau perkembangan penduduk di kawasan terbabit dan memberi segala sokongan serta kerjasama yang diperlukan.

“Di kesempatan ini, saya ingin menyeru orang ramai supaya memanjatkan doa semoga keselamatan warga Simpang Renggam dan secara amnya kepada rakyat Malaysia agar sentiasa terjamin dan dilindungi Allah SWT,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam tadi dilaporkan mengumumkan, dua kawasan di Simpang Renggam menjadi lokasi pertama dikenakan PKPD mulai tengah malam ini, selepas 61 penduduknya positif Covid-19.

Dua kawasan itu membabitkan Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang.

Mengulas lanjut, Hasni berkata, kerajaan Johor yakin keputusan PKPD dibuat kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19 menjadi bertambah serius.

“Justeru, saya menyeru semua penduduk di kawasan berkenaan supaya bertenang dan mematuhi semua arahan sekali gus memberi kerjasama yang baik kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19Perintah Kawalan Pergerakan DiperketatkanSimpang Renggam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

PRN Johor: Bekas MB Hasni Iringi Onn Hafiz Ke Pusat Penamaan Calon

PRN Johor: Bekas MB Hasni Iringi Onn Hafiz Ke Pusat Penamaan Calon

27/06/2026
0

SIMPANG RENGGAM - Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad mengiringi Datuk Onn Hafiz Ghazi ke Pusat Penamaan Calon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd