• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badan Ketul-Ketul Pun Pakai ‘Gloves’ Ke Abang?

oleh
19/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Saharul Ridzwan kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang mengambil mudah mengenai bahaya wabak Covid-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan.

Saharul, 31, menerusi Instagram menceritakan dia disindir dua pemuda kerana memakai penutup mulut dan hidung serta sarung tangan ketika keluar ke kedai, semalam.

“Badan ketul-ketul pun pakai ‘gloves’ (sarung tangan) ke abang?” Itu antara sindiran yang diterimanya ketika itu.

Saharul berkata, dia enggan ambil peduli sindiran itu apatah lagi datang daripada individu yang jelas tidak peka betapa bahayanya wabak Covid-19 ketika ini.

“Saya keluar sekejap pergi kedai di kawasan perumahan saya. Terjumpa dengan dua pemuda, seronok mereka bersembang sambil menghembus asap rokok.

“Lepas tu gelak-gelak, tak pakai ‘mask’, tak pakai ‘gloves’, apa pun tak ada. Dia tegur saya, “badan ketul-ketul pun pakai ‘gloves’ ke abang?

“Malas saya nak layan, terus berlalu pergi dan malas ambil tahu. Ini bukan soal badan ketul, badan kuat, tapi benda yang kita nak lawan itu lagi halus daripada kuman, mana nak nampak,” kongsinya di Instagram semalam.

Pelakon Hati Perempuan itu turut menegaskan bahawa soal keselamatan terutama dengan situasi ancaman Covid-19 sekarang sepatutnya tidak diambil remeh rakyat Malaysia.

“Jangan buat main soal keselamatan. Apa yang kita boleh buat untuk elak, kita elaklah. Tak kira kebal mana pun kita, kita tetap hamba Allah yang lemah. Allah datangkan ‘lawan’ paling kecil saja untuk kita, menggelupur tak ada apa yang boleh kita buat,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakanSaharul Ridzwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd