• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran Masuk Wang Tak Salah, Belanjakannya Salah – Saksi

oleh
11/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa wang yang masuk ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak semestinya merupakan suatu kesalahan kecuali ia dibuat dengan niat dan pengetahuan.

Bagaimanapun, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, 52, berkata adalah menjadi satu kesalahan jika wang berkenaan dibelanjakan.

“Aliran masuk wang tidak semestinya suatu kesalahan kecuali ia dibuat dengan pengetahuan dan juga dengan niat (mala fide), tetapi jika dia membelanjakan wang berkenaan, maka ia adalah satu kesalahan,” katannya yang juga merupakan bekas Timbalan Pendakwa Raya.

Dzulkifli berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib, pada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas perdana menteri itu.

Pada prosiding sebelum ini, Najib, 67, mengaku bahawa beliau telah berbelanja berpuluh juta ringgit wang yang dikreditkan ke dalam akaun bank peribadinya antara 2014 dan 2015 dengan berpendapat ia dana untuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dimilikinya.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Pekan itu mengekalkan pendiriannya bahawa beliau tidak tahu wang tersebut adalah dana SRC International.

Kepada soalan lain, Dzulkifli juga berkata suruhanjaya itu telah mencadangkan Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil; pengarah syarikat, Datuk Suboh Md Yassin dan dua lagi pengarah SRC International lain untuk didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

“Saya tidak ingat siapa lagi pengarah berkenaan. Saya juga tidak tahu mengenai hasil cadangan itu sehingga ke hari ini,” kata saksi pembelaan ke-18 itu.

Terdahulu, Dzulkifli menafikan cadangan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram bahawa beliau ‘melindungi’ keputusan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk menutup kes derma RM2.6 bilion dan RM42 juta dana SRC International membabitkan Najib.

Sementara itu, saksi pembelaan ke-19, iaitu seorang pegawai SPRM, Regjit Singh memberitahu mahkamah bahawa beliau dan pasukannya telah dua kali merekodkan kenyataan daripada Nik Faisal pada Oktober 2015.

Regjit berkata kenyataan itu direkodkan daripada Nik Faisal yang ketika itu ditemani peguam Selva Mookiah di sebuah hotel di Jakarta pada dua hari berasingan dalam bulan Oktober, tahun yang sama.

Terdahulu, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan 21 April depan bagi kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan bertulis manakala 12 Mei depan ditetapkan untuk hujahan lisan.

Mahkamah menetapkan tarikh tersebut selepas Muhammad Shafee memberitahu bahawa pihak pembelaan menutup kesnya hari ini.

Najib berdepan tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International sebanyak RM42 juta, yang terdiri daripada tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Tags: Dzulkifli AhmadNajib Tun RazakSPRMSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd