• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Eksport, Import Diteruskan Seperti Biasa

oleh
20/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran termasuk eksport dan import diteruskan seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan dari 18 Mac hingga 31 Mac bagi memastikan kelangsungan ekosistem rantaian bekalan makanan, demikian menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

“Justeru, proses pembekalan daripada pemborong kepada peringkat peruncitan, masih berjalan seperti sedia kala dan orang ramai dinasihatkan, supaya tidak membuat belian panik dan menyimpan stok bahan makanan secara berlebihan,” kata kementerian itu.

Kenyataan itu menyebut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee telah membuat tinjauan ke MyFarm Outlet di Putrajaya dan kilang beras YHL Trading Sdn. Bhd. di Semenyih hari ini bagi memastikan bekalan makanan dalam pasaran mencukupi.

Menurut kementerian itu, bekalan makanan bagi kumpulan makanan utama termasuk beras, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan berada pada tahap stabil dan mencukupi.

“Bekalan ini ditampung melalui pengeluaran domestik, import dan stok bekalan. Kedudukan stok beras dalam pasaran setakat ini pada tahap 500,000 tan metrik,” katanya.

Kementerian itu menyatakan penyampaian perkhidmatan kementerian kepada kumpulan sasar, juga tetap diteruskan seperti biasa terutama di barisan hadapan, seperti perkhidmatan pengembangan, biosekuriti, pemeriksaan dan kuarantin makanan.

“Kementerian akan terus memantau dan bekerjasama dengan pihak pengeluar dan pengedar, bagi memastikan situasi bekalan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan keperluan bekalan makanan tersedia,” katanya.

Tags: Covid-19EKSPORTimportperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd