• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Faizal Mula Tugas Menteri Besar Perak Ke-13

oleh
17/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Selepas menggalas kembali jawatan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Besar Perak yang ke-13.

Beliau tiba di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada jam 8.30 pagi tadi.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), Nor Sham Rahman dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zulazlan Abu Hassan serta pegawai jabatan dan agensi negeri.

Pejabat Menteri Besar melalui satu kenyataannya hari ini memaklumkan sambutan berlangsung dalam skala yang kecil dan tanpa kehadiran pihak media sebagai langkah mewujudkan jarak sosial bagi membendung penularan COVID-19.

“Datuk Seri Ahmad Faizal memulakan tugasan beliau dengan mendengar taklimat daripada pegawai Jabatan Kesihatan Negeri di pejabat Menteri Besar, sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN).

“Mesyuarat ini bertujuan membincangkan tindakan lanjut pentadbiran kerajaan negeri dan jabatan serta agensi berkaitan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai tengah malam ini hingga 31 Mac ini di seluruh negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya semalam,” katanya.

Jumaat lalu, Ahmad Faizal mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-13 di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Sultan Nazrin berkenan melantik Ahmad Faizal sebagai menteri besar selepas beliau mendapat kepercayaan sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dibuat berpandukan Perkara XVI Fasal 2 (a) Undang undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.

Pada 10 Mac lalu, Ahmad Faizal meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-12 selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini yang dipimpinnya selepas Pilihan Raya Umum ke-14, tumbang. – BH Online

Tags: Ahmad Faizal AzumuMenteri Besar Perak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

03/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd