• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Titah Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan seluruh rakyat agar bersama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Seri Paduka Baginda bertitah, rakyat tidak perlu keluar rumah jika tiada keperluan penting dan membatalkan hasrat untuk balik kampung.

“Jangan berkumpul atau menghadiri sebarang aktiviti sosial di luar rumah.

“Kepada ibu bapa pengantin, saya nasihatkan tangguhkan dulu majlis kenduri sehingga keadaan beransur pulih,” titah Seri Paduka Baginda.

Titah Seri Paduka Baginda disiarkan menerusi stesen televisyen (TV) tempatan di sini malam ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut menasihatkan agar rakyat tidak panik kerana bekalan barang keperluan dijamin cukup oleh kerajaan.

“Rakyat juga jangan suka menyebar berita palsu,” titah Seri Paduka Baginda.

Yang di-Pertuan Agong turut bertitah supaya rakyat menjaga kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan, menggunakan hand sanitizer dan memakai topeng muka serta amalkan penjarakan sosial.

“Marilah kita bersama memainkan peranan membantu membendung wabak ini, insya-ALLAH,” titah Seri Paduka Baginda. – Sinar Harian

Tags: Al-Sultan Abdullahperintah kawalan pergerakanYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd