• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

95% Jemaah Tabligh Sudah Jalani Ujian Saringan Covid-19

oleh
25/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia sedang mengesan lima peratus daripada jumlah peserta ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling yang belum menjalani pemeriksaan saringan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, individu berkenaan mungkin takut untuk tampil mennjalani pemeriksaan kesihatan kerana kecaman negatif terhadap mereka.

“Saya berharap masyarakat dapat menghentikan penghinaan atau mencaci terhadap jemaah tabligh, pihak saya tetap meneruskan berinteraksi dengan pucuk pimpinan jemaah tabligh untuk mengesan individu berkenaan.

“Kerjasama daripada mereka amat baik, mereka akan kemaskini butiran terbaharu yang mereka perolehi daripada usaha mereka sendiri untuk mengenalpasti siapa individu yang hadir pada ijtimak itu,” katanya pada wawancara dalam Selamat Pagi Malaysia, di sini, hari ini.

Dalam kenyataan Abdul Hamid sebelum ini, pihaknya sudah mengenal pasti 7,671 peserta ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling yang dianjurkan pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Abdul Hamid memaklumkan, pihaknya menerusi pasukan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengesan peserta terbabit yang masih enggan menjalani pemeriksaan jangkitan Covid-19.

Beliau menyatakan KKM turut membekalkan senarai ahli jemaah tabligh yang sudah menjalani proses saringan, perbandingan akan dibuat dan pihaknya akan tahu berapa ramai masih enggan (jalani pemeriksaan).

Tags: Covid-19jemaah tablighmasjid sri petalingPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd