• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Kes Baharu Positif Covid-19 Direkodkan Hari Ini

oleh
03/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Terdapat tujuh kes baharu positif koronavirus (Covid-19) direkodkan hari ini.

Perkara itu dimaklumkan petugas khas Kementerian Kesihatan (KKM) dalam taklimat bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 adalah sebanyak 36 kes.

“Daripada jumlah itu, 14 dirawat di wad isolasi Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur manakala 22 lagi telah sembuh dan dibenarkan pulang,” katanya.

Menurutnya, Muhyiddin berpuas hati dengan agensi kerajaan yang telah melaksanakan tugas dengan baik dalam menguruskan penularan Covid-19.

“Beliau turut mengarahkan agar pasukan petugas khas terus memantau status dan usaha-usaha pencegahan penularan Covid-19 bagi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan Muhyiddin menasihati orang ramai tidak membuat pembelian panik.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti langkah penjagaan kesihatan sepertimana digariskan KKM,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mengadakan taklimat bersama Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Muhammad Shahrul Akram Yaakob; Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Mokhtar Abd Rahman; Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah; Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Sehingga jam 8 pagi, jumlah keseluruhan positif Covid-19 adalah sebanyak 90,306 kes yang melibatkan 70 buah negara dilaporkan.

Sebanyak 45,603 (50.5 peratus) kes sembuh manakala 3,084 (3.4 peratus) kematian dicatatkan. – Sinar Harian

Tags: Covid-19KKMkoronavirusMuhyiddin Yassin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd