• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 ADUN Angkat Sumpah Sebagai Exco Perak

oleh
31/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Kinta di sini, hari ini. 

Tiga daripadanya adalah daripada UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan); Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Nordin (Kampong Gajah) dan Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup).

Turut mengangkat sumpah dua ADUN PAS iaitu Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria (Gunung Semanggol) dan Mohd Akmal Kamaruddin (Selama). 

Dua lagi ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Tualang Sekah) dan Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau). 

Majlis berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah secara tertutup dengan hanya dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Hakim Utama Mahkamah Tinggi (1) Ipoh, Datuk Hashim Hamzah.  

Ahmad Faizal pada 13 Mac telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-13 di hadapan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. 

Pada 10 Mac, Sultan Nazrin telah memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak ke-12. 

Sehari sebelum itu, Ahmad Faizal mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada BN yang semuanya UMNO, PAS dan Bersatu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat sokongan 32 daripada 59 ADUN. 

Komposisi terkini DUN Perak terdiri daripada BN (25); DAP (16); Amanah (lima); Bersatu (empat); dan masing-masing tiga daripada PKR, PAS dan Bebas. 

Tags: ADUN PerakExco Perakperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tempoh PKP Bergantung Kepada Pematuhan

Next Post

SPRM Siasat Pemilikan Wang Bekas Menteri

Related Posts

Segera Ke Klinik, Hospital Jika Ada Simptom Cacar Monyet – Exco Perak

Segera Ke Klinik, Hospital Jika Ada Simptom Cacar Monyet – Exco Perak

26/08/2023
0

Orang ramai di negeri ini dinasihat supaya segera ke klinik atau hospital berhampiran jika terdapat gejala cacar monyet (mpox). (Ada...

Kes Buli: Pelajar Sekolah Sukan Ditendang, Dipijak Senior – EXCO Perak

Kes Buli: Pelajar Sekolah Sukan Ditendang, Dipijak Senior – EXCO Perak

26/07/2023
0

IPOH : Kerajaan negeri menunggu laporan penuh berhubung siasatan kes buli di sebuah sekolah sukan negeri di Gunung Rapat, di...

Next Post

SPRM Siasat Pemilikan Wang Bekas Menteri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd