• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

47 Petugas KKM Positif Covid-19 Selepas Hadir Majlis Kahwin

oleh
25/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERAMAI 73 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikesan positif koronavirus baharu (Covid-19), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini bukan disebabkan pengendalian kes positif Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, punca jangkitan bagi 47 kes berkaitan dengan majlis perkahwinan yang turut dihadiri jemaah daripada perhimpunan tabligh.

Katanya, lain-lain punca adalah disebabkan petugas kesihatan terbabit ada sejarah melawat ke luar negara dan daripada kontak keluarga yang positif Covid-19.

“Seramai 1,895 anggota kesihatan KKM menguruskan pesakit Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM sudah menjalani ujian pengesahan, yang mana 1,187 orang adalah negatif, manakala 708 lagi masih menunggu keputusan dan tiada yang dikesan positif,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Dr. Noor Hisham juga memohon semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) untuk memaklumkan Ketua Jabatan masing-masing sekiranya terbabit secara langsung atau mempunyai kontak dengan peserta yang menghadiri:

• program Ijtimak di Seri Petaling dari 27 Februari sehingga 3 Mac; atau

• majlis perkahwinan pada 6 Mac di Bangi atau majlis perkahwinan pada 7 Mac di Putrajaya yang dihadiri oleh anggota kesihatan.

Tags: Covid-19KKMpetugas kesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd