• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Mei Permohonan Tangguh Keputusan Lucut Harta UMNO, MCA

oleh
31/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh baharu untuk mendengar permohonan kerajaan bagi menangguhkan keputusan mahkamah yang menolak permohonannya untuk melucutkan hak wang berjumlah lebih RM194 juta yang dirampas daripada UMNO, Wanita MCA, dan dua syarikat.

Timbalan Pendakwa Raya, Samihah Rhazali berkata permohonan itu sepatutnya didengar hari ini di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, bagaimanapun telah dilapangkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pihak pendakwaan dan peguam telah menerima e-mel daripada mahkamah pada Jumaat lepas (27 Mac) memaklumkan pendengaran hari ini dilapangkan dan dijadual semula ke 4 Mei,” katanya kepada Bernama menerusi mesej WhatsApp hari ini.

Beliau berkata pihak pendakwaan juga telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada bulan lepas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan bagi lucut hak itu.

Wang yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu didakwa ada kaitan dengan skandal salah guna dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 7 Februari, Hakim Mohamed Zaini menolak permohonan kerajaan untuk melucut hak wang berjumlah lebih  RM194 juta dirampas daripada UMNO, Wanita MCA, dan dua syarikat, Binsabi Sdn Bhd dan Perano Sdn Bhd.

Hakim membuat keputusan itu atas alasan wang itu diyakini tidak diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiada bukti untuk menunjukkan wang itu diperoleh daripada aktiviti haram.

Permohonan lucut hak harta terhadap UMNO melibatkan wang berjumlah RM192,965,413.61 dan RM300,000 daripada Wanita MCA, manakala Perano yang berniaga hijab, dan Binsabi yang membekalkan khemah, masing-masing sebanyak RM337,634.78 dan RM827,250, dengan mereka didakwa menerimanya daripada Najib.

Pihak pendakwaan memfailkan permohonan lucut hak harta terhadap empat responden menurut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Tags: 1MDBlucut hak wangMCANajib Tun RazakUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd