• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 ADUN Bersatu Sokong PH Tak Faham Situasi

oleh
06/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Selangor yang menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) didakwa tidak memahami situasi sebenar dalam kerajaan Pusat.

Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, berikutan itu pihaknya bersedia bersemuka dengan empat ADUN berkenaan bagi memberi maklumat sebenar mengenai perkembangan yang berlaku dalam peralihan kuasa baru-baru ini.

Rashid berkata, beliau hanya mengetahui hasrat ADUN itu melalui media massa dan bukan secara peribadi daripada pihak terlibat.

“Sebagai Pengerusi Bersatu Selangor, saya bersedia bertemu mereka dan terangkan keadaan sebenar yang berlaku. Selepas itu terpulang kepada mereka sama ada untuk kekal atau sebaliknya,” katanya pada sidang media hari ini.

Semalam, empat ADUN Bersatu, Sallehudin Amiruddin (Kuang), Harumaini Omar (Batang Kali), Mohd Shaid Rosli (Jeram) dan Adhif Syan Abdullah (Dengkil) menyatakan sokongan kepada kerajaan PH di Selangor.

Sementara itu, Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam sidang medianya berkata, kerajaan Selangor menyingkirkan Bersatu daripada parti komponen PH selepas mengambil kira penjajaran semula politik negara yang berlaku di peringkat pusat.

Mengulas mengenai dakwaan empat ADUN berkenaan bahawa beliau tidak dapat dihubungi sebelum ini, Rashid menafikan perkara itu dan memaklumkan sentiasa berkomunikasi dengan ketua-ketua bahagian di negeri ini.

“Sepatutnya saya perlu ke Berlin, Jerman atas urusan rasmi kerajaan negeri namun saya batalkan kerana lebih mementingkan kedudukan parti dan politik di Selangor.

“Jadi dakwaan itu (tidak dapat dihubungi) adalah tidak benar,” katanya.

Dalam pada itu, Rashid yang sebelum ini memegang jawatan Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Perbadanan Melayu dan Warisan juga memaklumkan pihaknya menghormati keputusan kerajaan negeri untuk mengeluarkan wakil Bersatu dari pentadbiran negeri.

Kata Rashid, Bersatu Selangor mengucapkan terima kasih kepada Amirudin kerana memberi peluang dan ruang secukupnya buat wakil parti itu.

“Saya juga akan pastikan tiada peruntukan daripada kerajaan Persekutuan ditarik balik atau digantung daripada kerajaan negeri,” katanya. – Sinar Harian

Tags: ADUN BersatuADUN selangorpakatan harapanperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Rombakan baharu kepimpinan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menyaksikan beberapa tokoh besar parti Bersatu ‘turun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd