• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 ADUN Jumpa Tun Khalil, Serah SD Baharu

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Perikatan Nasional (PN) mengadakan pertemuan khas dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Pertemuan di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, diketuai Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bertujuan mempersembahkan Akuan Bersumpah (SD) baharu untuk dipersetujui Mohd Khalil bagi membolehkan kerajaan negeri dibentuk.

Turut sama dalam kunjungan itu ialah bekas Ketua Menteri yang juga ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Rembia dari PKR, Muhammad Jailani Khamis serta ADUN Pengkalan Batu dari DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Pertemuan diatur saat akhir itu, susulan keputusan PN yang dianggotai 13 ADUN BN dan masing-masing seorang ADUN PKR serta DAP membatalkan kerjasama dengan dua ADUN dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka.

Ia membabitkan ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Ab Rauf dalam sidang medianya, pagi hari ini memaklumkan, tindakan ke atas kedua-dua ADUN berkenaan adalah kerana mengenepikan peranan 13 ADUN BN dalam usaha membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata langkah itu tidak menjejaskan hubungan PN Melaka dengan Bersatu.

Sehingga kini, dua nama sudah dipersembahkan kepada Mohd Khalil untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu masing-masing mewakili BN dan Bersatu.

Difahamkan, BN mencalonkan ADUN Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali manakala Bersatu pula mencalonkan Mohd Rafiq. – myMetro Online

Tags: ADUN Melakaperikatan nasionalTun Mohd Khalil Yaakob
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Rombakan baharu kepimpinan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menyaksikan beberapa tokoh besar parti Bersatu ‘turun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd