• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Pegawai, Anggota Polis Pulau Pinang Direman 7 Hari

oleh
11/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seramai 12 pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Georgetown, Nur Fadrina Zulkhairi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu kesemua pegawai dan anggota polis berkenaan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kira-kira jam 10.40 pagi dengan menaiki sebuah van dan kereta dengan diiringi pegawai SPRM.

Mereka kemudiannya meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira jam 12 tengah hari.

Semalam media melaporkan SPRM menahan 12 individu termasuk seorang pegawai kanan berpangkat Superintendan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan meminta rasuah bagi melindungi pemilik syarikat yang melanggar kesalahan jalan raya dan lain-lain kesalahan di sekitar Pulau Pinang.

Mereka juga turut dikesan membocorkan maklumat operasi yang akan dan sedang dilaksanakan pihak polis.

Kesemua mereka yang berusia antara 31 hingga 59 itu ditahan sekitar jam 9 pagi hingga 5.55 petang di lapan lokasi berasingan sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Putrajaya.

Tags: anggota polisPDRMpolis pulau pinangrasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd