• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil WHO Puji Tindakan Malaysia Tangani Koronavirus

oleh
06/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memuji tindakan pihak berkuasa Malaysia dalam mengurus dan membendung penularan jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).

Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Dr. Lo Ying-Ru berkata, kerajaan negara ini cemerlang dalam melakukan siasatan kesnya selain telus berkongsi perkembangan terkini, bukan hanya kepada WHO tetapi juga kepada orang ramai.

“Kami (WHO dan orang ramai) boleh melihat semua maklumat dan maklumat itu dikeluarkan dengan pantas di media sosial serta laman sesawang kementerian kesihatan, jadi saya rasa mereka telah melakukannya dengan baik sekali.

“WHO juga sentiasa berhubung dan berkongsi maklumat (dengan pihak berkuasa Malaysia), seperti garis panduan terkini… mereka meminta (garis panduan dalam menangani koronavirus) dan menggunakannya. (Secara keseluruhan) mereka begitu bersedia, berani dan rajin,” katanya kepada Bernama selepas muncul dalam program Bernama TV di sini hari ini.

Hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad mengesahkan dua kes baharu koronavirus daripada rakyat Malaysia yang dibawa pulang semalam dari bandar Wuhan di China yang teruk dilanda wabak koronavirus.

Pengumuman terkini itu menjadikan kes terkumpul koronavirus di Malaysia ialah 12.

Sementara itu, Dr. Ying-Ru menasihati rakyat Malaysia yang mengalami gejala penyakit pernafasan seperti batuk, bersin atau sesak nafas agar segera mendapatkan nasihat perubatan.

“(Orang ramai yang mempunyai gejala ini) juga perlu mendedahkan sejarah perjalanan mereka bagi membolehkan pihak berkuasa perubatan menentukan sama ada anda berisiko menerusi satu ujian diagnostik.

“Tetapi saya rasa apa yang lebih penting adalah untuk mengingatkan semua orang bahawa mereka boleh melakukan sesuatu untuk mencegah jangkitan virus ini seperti mencuci tangan dan memakai topeng muka,” katanya.

Tags: 2019-nCoVcoronaviruswho
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

14/12/2024
0

LONDON - Kadar kematian lemas global menurun 38 peratus sejak 2000, namun lebih 7.2 juta orang kebanyakannya kanak-kanak, masih berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd