Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Konflik Tidak Jejaskan Peralihan...

KUALA LUMPUR - Konflik yang dikatakan berlaku antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

Lan Dipuji Datuk Ramli,...

GEGAR Vaganza minggu lalu menyaksikan Haida terpaksa meninggalkan pentas pertandingan kerana markahnya yang...

KJ Tanya, Siapa Menteri...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memuat naik gambar...

Mesyuarat Khas Dewan Negara...

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Dewan Negara yang dijadualkan esok dibatalkan kerana Rang Undang-undang...

Tiada Pihak Mahu Panjangkan Kemelut Politik – Kadir

SERI KEMBANGAN – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A Kadir Jasin mengakui ramai yang terkesan dengan kemelut politik yang sedang melanda negara ketika ini.

Bagaimanapun Penasihat Komunikasi dan Media Perdana Menteri Interim itu berpandangan tiada pihak yang mahu memanjangkan perkara itu.

“Saya tidak rasa ada pihak yang mahu memanjangkan lagi keadaan ini sebab ia tidak baik untuk negara, politik dan rakyat jelata.

“Kalau hal begini berterusan rakyat jelata akan hilang keyakinan (terhadap) politik dan itu makin susahlah,” katanya kepada media ketika ditemui di pintu masuk kediaman peribadi Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini hari ini.

Mengulas lanjut, A Kadir berkata, kemelut yang sedang melanda ketika ini akan selesai apabila semua pihak berusaha ke arah itu.

“Ia bergantung kepada pihak yang terlibat sama ada mereka hendak cari penyelesaian atau tidak,” katanya.


Kemelut politik negara semakin panas apabila Dr. Mahathir hari ini menawarkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.

Semalam, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memilih Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

Pemilihan ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana Menteri turut disokong UMNO dan PAS. – Sinar Harian

Kategori