• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Misi Baharu Cari MH370

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak pernah memutuskan sebarang misi baharu bagi meneruskan pencarian pesawat Malaysia Airlines, MH370, yang masih hilang sehingga kini.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya, memaklumkan tiada sebarang keputusan dibuat berkenaan misi baharu itu, memandangkan tiada bukti dipercayai yang boleh dijadikan asas untuk memulakan usaha itu.

“Bagaimanapun, kementerian akan mengkaji sebarang bukti baharu yang diterima secara rasmi,” katanya sambil memaklumkan pihaknya terus bersimpati dan berdiri di belakang semua ahli keluarga mangsa yang terbabit.

Katanya, kementerian akan berunding dengan China dan Australia, jika ada keputusan yang dibuat untuk melancarkan semula misi pencarian.

Memetik laporan agensi media asing, misi baru mencari bangkai pesawat MH370 kemungkinan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi.

Sebelum ini, syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity, pada Mei tahun lalu mengesahkan misi pencarian bangkai pesawat MH370 yang hilang sudah berakhir.

Ocean Infinity ditugaskan menjalankan pencarian dan mengumpul data berkualiti tinggi meliputi kawasan seluas lebih 112,000 kilometer persegi dan berjaya mengatasi keadaan dan kawasan dasar laut yang mencabar.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014. – BH Online

Tags: Kehilangan PesawatMalaysia AirlinesMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd