• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tertuduh Kes Bunuh Syed Danial Dibenar Semak Kehakiman

oleh
19/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan seorang pegawai Teknologi Maklumat yang terlibat dalam insiden baran jalanan sehingga menyebabkan kematian seorang pengurus bank di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bandar Baru Bangi, Selangor tahun lepas, mengemukakan semakan kehakiman bagi mencabar pertuduhan membunuh yang dihadapinya.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding itu, peguam Wee Choo Keong yang mewakili Yew Wei Liang, 42, berkata, Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah pemohon dan responden.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan hadir bagi pihak Peguam Negara yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu.

“Pada masa pemohon didakwa, tiada laporan kimia, tiada laporan bedah siasat dan tiada laporan forensik. Dia didakwa tetapi tidak ada sijil izin untuk mendakwa daripada Peguam Negara.

“Sekarang kami menyatakan bahawa kami ingin menyemak ketidakpatuhan prosedur oleh Peguam Negara kerana kes-kes seperti ini semakin banyak di Mahkamah Majistret,” kata Choo Keong sambil menambah bahawa Mahkamah Tinggi telah menetapkan 4 Mac sebagai tarikh pengurusan kes.

Wei Liang didakwa membunuh Syed Muhammad Danial Syed Shakir berhampiran KM293.6 Lebuhraya Utara Selatan antara jam 1 tengah hari dan 2 petang pada 10 Ogos 2019.

“Anak guam saya telah didakwa pada 22 Ogos tahun lepas di Mahkamah Majistret Kajang mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan tetapi Peguam Negara hanya memberikan izin pendakwaan sehari sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Disember tahun yang sama,” katanya.

Dalam permohonan itu, Wei Liang memohon agar izin pendakwaan mengikut Seksyen 177A(1) Kanun Tatacara Jenayah berkaitan pemindahan sesuatu kes untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi, diisytiharkan sebagai mala fide atau dilakukan dengan niat jahat dan satu perintah untuk membatalkan pertuduhan membunuh terhadapnya.

Sekitar jam 1.40 tengah hari pada 10 Ogos 2019, Syed Muhammad Danial, 29, telah didakwa dibunuh susulan pergaduhan berkaitan satu kemalangan kecil dengan Wei Liang di KM239 Lebuhraya Utara Selatan yang menghala ke selatan berhampiran persimpangan Bandar Baru Bangi.

Wei Liang dan Syed Danial dikatakan terlibat dalam insiden kejar-mengejar membabitkan sebuah kereta serta perbalahan yang berlaku antara mereka di persimpangan Bandar Baru Bangi, dan Syed Danial meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital.

Polis kemudian menahan Wei Liang dan isterinya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kedua-duanya ditahan reman selama seminggu sehingga 17 Ogos 2019 dan isteri Wei Liang telah dibebaskan. Wei Liang ditahan di penjara Sungai Buloh sehingga hari ini sementara menunggu kesnya selesai.

Tags: Kes KematianSamseng JalananSyed Muhammad Danial
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Lebih 50 hari berlalu sejak tragedi meragut nyawa Muhammad Amirul Shafiq Abdullah, 20, namun keluarganya terus menunggu keadilan...

Polis Kota Setar Tahan 367 Samseng Jalanan

Polis Kota Setar Tahan 367 Samseng Jalanan

01/01/2023
1

ALOR SETAR : Sekumpulan penunggang motosikal menyambut Tahun Baharu 2023 dengan melakukan pelbagai aksi berbahaya di Jalan Pegawai di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd