• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu PRU, PH Yakin Kumpul Mudah Majoriti

oleh
26/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pilihan raya umum (PRU) untuk menentukan kerajaan baharu tidak perlu diadakan kerana Pakatan Harapan (PH) yakin parti gabungan itu memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd Samad berkata, walaupun angka dimiliki ketika ini tidak mencecah dua pertiga, namun cukup untuk membentuk kerajaan menerusi majoriti mudah.

“Kita tidak bincang mengenai PRU dan kenapa perlu bazirkan duit rakyat untuk mengadakan PRU sedangkan kita boleh dapat majoriti yang jelas.

“Majoriti dua pertiga adalah perkara lampau dan tidak perlu dibincangkan lagi. Majoriti mudah sudah cukup untuk PH membentuk kerajaan,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH di sini tadi.

Menurutnya, mereka turut membincangkan pelbagai perkara dalam mesyuarat dipengerusikan Ketua Umum PH yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkannya sebagai mesyuarat positif.

Bagaimanapun, Khalid turut menjelaskan mereka tidak menyentuh mengenai calon Perdana Menteri yang akan menerajui kerajaan baharu PH itu

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ketiga-tiga parti komponen itu mencapai kata sepakat dan perkara itu hanya akan diumumkan esok.

“Kita dah ada keputusan dan keputusannya akan diketahui esok. Kita bincang tentang tiga parti yang masih ada dalam PH dan kita bincang tentang tujuan kita ke istana esok dan kita capai kata sepakat,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Khalid Samadpakatan harapanPilihan Raya Umum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Diterajui Khalid, Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Dengan BN

Diterajui Khalid, Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Dengan BN

02/02/2023
0

Bekas menteri, Khalid Samad, kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Amanah Kelantan dalam usaha parti itu memastikan Pakatan Harapan (PH) memenangi...

Tuntutan Saman Penganalisis Politik Terhadap Khalid Samad Ditolak

29/04/2022
35

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat menolak tuntutan saman fitnah dikemukakan penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd