• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Bakar Bilal Masjid Ditahan

oleh
19/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tidak sampai enam jam, lelaki yang dipercayai membakar bilal ditahan polis berhampiran lokasi kejadian di hadapan Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat, Mergong hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata suspek dipercayai bertindak sendirian ketika melakukan perbuatan itu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek tidak mengenali mangsa dan dia ditahan jam 1.30 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati dia mengaku melakukan perbuatan itu (membakar mangsa) dan suspek juga dipercayai di bawah pengaruh dadah dan mengalami masalah mental.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah jenis methaphetamine,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, hari ini.

Mohd Rozi berkata, suspek juga dipercayai terbabit melakukan perbuatan khianat membakar peralatan masjid di Tok Keling, Alor Mengkudu tahun lalu.

Beliau berkata, soal siasat mendapati suspek mendakwa tidak suka dengan jemaah masjid kerana pernah memohon untuk mendapatkan bantuan tetapi ditolak.

“Disebabkan itu suspek dikatakan benci dengan jemaah masjid selain masalah mental dan dadah yang dialaminya.

“Tidak timbul isu perkauman dalam kes ini dan mangsa bukanlah sasaran suspek, namun disebabkan kemarahan suspek terhadap jemaah masjid, bilal itu menjadi mangsa,” katanya.

Mohd Rozi berkata, setakat ini mangsa masih dirawat di Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) disebabkan melecur 25 peratus di muka, belakang, tangan dan kaki mangsa.

Katanya, pihaknya turut menemui bukti pakaian mangsa yang terbakar dan motosikal yang digunakan suspek berdasarkan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan.

“Kita akan mendapatkan tempoh tahanan reman terhadap suspek esok untuk membantu siasatan.

“Kita percaya suspek menggunakan petrol berdasarkan penemuan di lokasi kejadian,” katanya.

Mohd Rozi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kejadian kira kira jam 6 pagi tadi, mangsa, Amri Budin, 65, cedera parah apabila melecur beberapa bahagian badan akibat dibakar selepas disimbah minyak oleh individu tidak dikenali.

Amri melecur teruk di muka, tangan, dan badan sebelah kiri. – BH Online

Tags: bakar hidup hidupbilal masjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Masjid At-Taqwa TTDI Diboikot, Pihak Pengurusan Tampil Beri Penjelasan

Dakwaan Masjid At-Taqwa TTDI Diboikot, Pihak Pengurusan Tampil Beri Penjelasan

28/02/2026
0

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2026 — Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail menafikan dakwaan masjid itu diboikot, susulan...

Kejadian Bilal Dibakar Diklasifikasi Kes Bunuh

19/03/2020
0

ALOR SETAR - Kes simbah dan bakar bilal Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat bulan lalu, akan disiasat sebagai kes bunuh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd